MEH | GESA MALAYSIA TANGANI KESIHATAN MENTAL AKIBAT KERUNTUHAN EKONOMI RAKYAT -MAJLIS EKONOMI HALAL


MAJLIS EKONOMI HALAL GESA WUJUDKAN MEKANISME KHAS TANGANI KESIHATAN MENTAL AKIBAT KERUNTUHAN EKONOMI RAKYAT. NEGARA DALAM MODE KRISIS KRONIK KRITIKAL (KKK)

🇲🇾 𝗧𝗘𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜, 𝗧𝗘𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗜𝗡 KRONIK KRITIKAL 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗣𝗞𝗣, 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞❗

𝟏𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebarang kara.

𝟏𝟕 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah Kondominium di Sungai Buloh kerana tertekan dibuang kerja dan dihalau dari rumah sewanya.

𝟏𝟖 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat 8, Apartment Aman Putra, Jinjang Utara.

𝟐𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Di Seremban, seorang lelaki berusia 31 tahun yang kehilangan kerja sebagai jurujual kereta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, dipercayai mengurung isteri dan anaknya sejak pagi sebelum mereka diselamatkan oleh anggota bomba.

𝟐𝟑 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 : Seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal, maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth.

1. Lima kejadian yang saya tulis di atas, berlaku dalam tempoh tidak sampai 10 hari. Ini adalah satu perkara yang sangat mengejutkan kita.

2. Masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan sama ada di kalangan rakyat biasa, penjawat awam ataupun remaja PERLUKAN SATU MEKANISME LUAR BIASA DI SAAT KRISIS KRONIK KRITIKAL INI

3. Pelaksanaan PKP sejak Mac 2020 yang lalu, sedikit sebanyak telah memburukkan lagi keadaan. Mungkin bagi sesetengah dari kita, pelaksanaan PKP ini tidak memberikan kesan yang terlalu besar. Hanya terpaksa duduk di rumah, tapi masih ada gaji seperti biasa.

4. Tapi, bagi sesetengah rakyat di luar sana, PKP ini umpama satu seksaan dunia untuk mereka. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan pendapatan, anak-nak memberontak akibat terlalu lama duduk di rumah tidak dapat keluar. Apabila anak-anak memberontak, ibu bapa stress, sampai bergaduh suami isteri, dan akhirnya rumah tangga porak peranda.

5. Ini satu realiti pahit yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Mungkin ada yang beranggapan ianya adalah isu terpencil. Tapi sebenarnya, jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan segera, akhirnya masalah ini akan semakin membusuk.

6. Setiap hari, akan ada sahaja orang yeng menghubungi saya sama ada secara terus, kepada pegawai saya, atau pun melalui facebook, mengadu nasib berkenaan masalah kekangan kewangan mereka.

7. Ada 1 hari, seorang makcik, mesej saya, beritahu sudah tidak ada langsung lauk untuk dimasak di rumahnya, dan dia tidak ada duit untuk membeli lauk. Ada ibu tunggal yang mesej, beliau memohon bantuan untuk membeli beras dan telur, tidak minta banyak, cukuplah jika dapat RM30 sahaja asal lepas untuk beli beras. Dan macam-macam lagi keluhan rakyat yang saya terima.

8. Allahuakbar… Hati saya ini sayu bila mengenangkan ada rakyat di luar sana yang mengikat perut kerana tidak mampu beli walau sekampit beras. Saya cuba bantu seadanya.

9. Berbalik kepada isu tekanan perasaan ini, semua pihak perlu segera mainkan peranan. Kerajaan sudah tidak boleh berdiam diri. Keadaan ekonomi negara sekarang ini sudah jatuh kepada no 2. Ekonomi dan kocek rakyat ini yang perlu keutamaan segera sekarang.

𝟏𝟎. 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈, 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀. 𝐈-𝐒𝐈𝐍𝐀𝐑 𝟐.𝟎, 𝐌𝐎𝐑𝐀𝐓𝐎𝐑𝐈𝐔𝐌 𝟐.𝟎 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍. 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍-𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐔𝐌𝐔𝐌 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐈𝐍𝐈 𝐉𝐔𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒𝐍𝐘𝐀.

𝟏𝟏. 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐟𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝟒𝟎, 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐌𝟒𝟎 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧. Ramai juga golongan T20 yang telah menjadi M40.

12. Rakyat juga ada peranan penting untuk dimainkan. Jika kita tahu ada jiran kita yang susah sampai tidak ada makanan, jangan berdiam diri. Jika tidak mampu untuk membantu dari segi wang ringgit, bantu dengan hubungi pihak yang sepatutnya. Ketua penduduk, Ketua Kampung, Penghulu, Wakil Rakyat, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak yang boleh menyalurkan bantuan.

13. Ini bukan soal jaga tepi kain orang, ini adalah soal #KitaJagaKita. Kita perlu prihatin dan peka dengan keadaan jiran di sekeliling kita.

14. Dan jika anda ketika ini menghadapi tekanan perasaan, jangan dipendam, jangan disimpan. Cari orang untuk berkongsi, cari orang yang boleh membantu. Tindakan memendam ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri.

15. Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan pandemic ini akan beransur pulih dengan cepat. Semakin lama keadaan ini berterusan, rakyat akan semakin tertekan. 🇲🇾

Penulis: DR MOHD HELMI BIN IBRAHIM 
(Setiausaha Agung MAJLIS EKONOMI HALAL DAN KEUSAHAWANAN UMMAH MALAYSIA)






Post a Comment

0 Comments