MEH | Impak PKP yang Berpanjangan - Talian Hayat hanyalah ILUSI



Antara punca utama polemik kewangan menjadi parah dengan kemunculan pandemik Covid yang tidak dijangka, adalah kita semua masih ramai yang tidak mempelajari dan khatam keilmuan MUAMALAT yang menjadi teras dalam Islam.

Natijah dari itu TIGA (3) perkara pokok yang serius membelit kehidupan telah dipandang enteng.

1) PERBELANJAAN HANGUS

2) KETIRISAN TABUNGAN

3) KETERHUTANGAN


Antara sebab utama adalah sikap acoh kita sendiri, apabila mempertikai KEBATILAN YANG SAMA juga menjadi amalan orang lain, KIRI KANAN DEPAN BELAKANG kita !

Atas khilaf kefahaman tersebut, kita terlepas pandang keperluan membina JARINGAN KESELAMATAN KEWANGAN ( "Financial Safety Net" ) secara AMPUH dan LESTARI.

Kita tersilap asuh dengan memikirkan penglibatan kita dalam mana-mana program PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM ( "Islamic Financial Planning" ) yang menawarkan pelbagai produk patuh shariah sudah mencukupi keperluan menjauhi musibah RIBA DALAM PINJAMAN ( Riba Al-Duyun ).

Hakikatnya TIDAK, sebab asakan pelbagai wajah RIBA DALAM JUAL BELI ( Riba Al-Buyu ) saban hari sering menyulitkan pemikiran hingga kita melakukan pelbagai tindakan yang menzalimi diri.

Antaranya terjebak dengan pelbagai :

1) Skim Pelaburan Cepat Kayap (skim Ponzi);

2) MLM yg tidak patuh shariah (fokus lebih kepada mencari orang [ "head hunting" ] dari menjual produk berkualiti);

3) Pelaburan atau Simpanan Emas yg tidak patuh shariah ( sebenarnya skim Ponzi, walaupun menonjolkan pelbagai istilah Islamik, spt pemberian Hibbah bulanan).

Jadi, apabila PENDAPATAN DARI JUALAN jatuh menjunam kesan dari impak PKP yg berpanjangan hgg masuk Fasa sampai ke berapa pula. Kesan yg terasa amat perit segala. Hinggakan tidak mampu mengurus Kos Operasi yg tidak berkurangan. Pulangan dari ketiga perkara di atas yg terjebak pula tidak kesampaian.


Masa inilah ramai yg terkial2 berharap bantuan talian hayat dari kerajaan atau NGO. Sedangkan itu semua hanyalah ilusi pelangi kehidupan yg wajar dielak terlebih awal.

TANPA kita mengenalpasti pokok pemasalahan, penawar tuntas mesra pengguna yg turut patuh shariah, TIDAK MAMPU dikenalpasti utk menjadi amalan lestari penyelesaian kendiri.

Sekadar renungan bersama.

Wallahu'alam bishawab

Oleh: Haji Sallehuddin DPB

#majlisekonomihalal
#mehHalalTV
#pusatHiwalah


Post a Comment

0 Comments