MEH | Kepentingan Pusat Hiwalah Dalam Ekonomi HALALAN TOYIBBAN


Masakini, amalan melayari kehidupan bersama bebanan berat keterhutangan, sudah menjadi suatu kelaziman.

Terdapat pelbagai kategori, jenis & variasi produk keterhutangan, baik yang dizahirkan sebagai Pinjaman Riba atau dibungkus rapi dgn jenama Pembiayaan Islamik.

Hakikatnya, kedua produk ini tetap mempunyai Empat (4) sifat yg SAMA, yakni :

1) Tetap Hutang (hanya berbeda akad);

2) Tetap Perbelanjaan Hangus;

3) Punca Ketirisan Kewangan (impak kepada paras tabungan);

4) Punca Stres Kewangan (ambil tidak mampu membayarnya).

Bermula dgn Pinjaman Pendidikan, Pinjaman Komputer dan Telefon Pintar, Pinjaman Kenderaan, Pinjaman Perumahan, Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Perkahwinan hinggalah Pinjaman Haji !

Dari laman web BNM berikut, dibawah kategori Institusi Kewangan Berlesen telah tersenarai sebanyak 26 buah bank Komersil, 16 bank Islamik , 11 bank Pelaburan, 6 bank Pembangunan, 17 institusi kewangan Pembangunan, 27 penyedia Kad Kredit, 30 penyedia Kad Debit, 7 Kad Charge dan 48 penyedia Wang Elektronik Bukan Bank (Non-bank E-money Issuers).

Manakala dari Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), agensi kawalselia Kredit Komuniti, kini beribu Pemberi Pinjaman Wang Berlesen (PPW) kini turut bersaing dalam pasaran dengan Pemberi Pinjaman Tidak Berlesen (Along) . Anehnya di laman web KPKT tidak disediakan senarai ringkas pemegang lesen kredit komuniti.

Bilangan syarikat Along pula, wallahu'alam !

Disamping itu, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sendiri turut menawarkan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP), serta kelompok koperasi kredit menawarkan perkhidmatan kredit di kalangan Anggota & Masyarakat , khususnya koperasi yg berdaftar dgn Biro Potongan ANGKASA (BPA).

Jadi terdetik ribut persoalan, di manakah institusi atau agensi yg menawarkan perkhidmatan untuk KELUAR dari kemelut keterhutangan secara tuntas?

Siapakah entiti penyelamat yang boleh diharapkan? AKPK??

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, lebih dikenali AKPK, sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka & mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

Nawaitu yang mulia, tapi hakikatnya, AKPK hanyalah sekadar proksi institusi perbankan untuk melanjutkan hayat keterhutangan di kalangan para pengguna.

Institusi perbankan amat mementingkan jejak kewangan ("financial footprints"), berbanding menjaga kepentingan pengguna keluar dari kemelut keterhutangan. Kesannya, pelbagai tawaran refinance pinjaman peribadi & perniagaan serta kenderaan, remortage pinjaman perumahan dan overlap pembiayaan ar-Rahnu, menjadi ilusi ngeri para pengguna untuk kekal lama di atas lebuhraya keterhutangan !

Carian Google bertajuk "cara cepat untuk keluar dari masalah hutang" menemui 4 tips yang membingungkan jika dihalusi satu persatu dengan TAKWA !

1) Melanjutkan Lagi Hayat Pinjaman (yang ni AKPK pakar buat);

2) Menambah Hutang Baru (konon untuk langsaikan ("offset") beberapa hutang yang kecil);

3) Penggabungan Hutang ("Debt Consolidations") - mirip tip no 2;

4) Cagarkan Aset (buat pinjaman baru) untuk selesaikan hutang lama yang bermasalah.

Justeru, pihak MEH selaku wadah baru pembentukan ruang lingkup ekonomi Islam yang dibangun secara holistik serta berpaksikan aspirasi ketakwaan, pengurusan bebanan keterhutangan usah dibiarkan kekal mutlak ditangan instituai perbankan, institusi kewangan & kredit komuniti berlesen, koperasi kredit & along semata-mata.

Para usahawan Halal yang kekal lama di atas lebuhraya keterhutangan, akan terlalu mudah hilang fokus, senang terjebak dengan pelbagai scammer, skim cepat kayap dan MLM tidak patuh shariah sebab berharapkan dapat durian runtuh yang mampu melangsaikan segala bebanan keterhutangan yang ditanggung.

Kelompok sebeginilah amat senang terus menzalimi diri dengan terlibat samada menerima atau memberi rasuah. Serta turut rakus terlibat dengan pelbagai gejala Pecah Amanah dan Jenayah Kolar Putih yang membarahi negara !

Wallahu'alam bishawah

Oleh: Haji Sallehuddin DPB

https://www.bnm.gov.my/list-of-licensed-financial-institutions
https://adfim.com.my/list-of-members/
https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/58?mid=151
https://www.akpk.org.my/my/maklumat-kami

#majlisekonomihalal
#mehHalalTV
#pusatHiwalah

Post a Comment

0 Comments