MEH | BANTUAN KE GAZA: KEJAYAAN DIPLOMASI ISRAEL & PERANGKAP KEPADA DUNIA


Fikir Mikraj

Oleh: Dr. Helmi Ibrahim
- Setiausaha Agong Majlis Ekonomi Halal (MEH)

Ebiet G Ade - namanya segagah M.Nasir di Indonesia. Ford Caprice adalah kereta sporty yg popular di era 70an. Manakala Ebit Liew dan Caprice adalah dua nama yang penulis tidak kenali sebelum ini. Namun keduanya mula penulis kenali sejak meletupnya kontroversri apabila Ebit Liew melawat Giza (Piramid Giza, Mesir) dan Caprice berang sebab bukannya Gaza. Ada teori apologetik mengatakan bahawa Ebit sepatutnya melawat Gaza tetapi tersasar melawat ke Giza.  

Penulis bukanlah seorang pakar dalam bidang diplomatik antarabangsa tetapi pernah menjawat pegawai kanan di salah sebuah kedutaan asing (barat) di Kuala Lumpur. Penulis juga bukan seorang pakar dalam bidang krisis kemanusiaan tetapi masih memegang jawatan kanan dalam sebuah think tank advokasi dan bantuan kemanusiaan. 

Penulis juga berkelulusan sarjana dalam Development Studies – suatu disiplin ilmu yang mengkaji antaranya peranan dasar luar dan kesannya kepada pembangunan dan agenda kemanusiaan global.

Hamas Beri Amaran Agar Israel Hentikan Serangan

Perang Gaza yang bermula pada 1 Shawal diledakkan apabila polis dan tentera Israel menyerang umat Islam yang sedang bertarawih di Masjidil Aqsa. Hamas memberikan amaran agar Israel hentikan operasi kurang ajar tersebut. Apabila Israel terus bertindak biadap maka Hamas menyerang Isreal dengan ratusan roket buatan workshop. Israel pula melancarkan serangan balas dengan serangan udara dengan senjata sophistikated yang meranapkan sebahagian besar Gaza. 

Perlu dijelaskan bahawa Masjidil Aqsa terletak di Baitulmaqdis. Baitulmaqdis di bawah pentadbiran Fatah yang diketuai oleh Mahmood Abas dan bukannya Hamas. Tetapi atas dasar solidariti Palestin, Hamas menyerang Israel. Fatah yang sepatutnya menyerang tidak berbuat apa apa, sebab Fatah telah sekian lama dijinakkan oleh Amerika dan Israel. 

Perang Gaza tercetus ekoran provokasi Israel. Provokasi ini adalah atas arahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang nyawa politiknya di hujung tanduk ketika itu. Netanyahu adalah Perdana Menteri Israel yang paling lama. Netanyahu sering melancarkan perang semata-mata untuk memanjang hayat jawatan Perdana Menterinya. Malah boleh dikatakan antara hobi Netanyahu adalah melancarkan perang dan membunuh rakyat Palestin tanpa mengira kanak-kanak, wanita dan orang tua. Meskipun Netanyahu bukan lagi Perdana Menteri, namun dasar Perang dan bunuh kini sebati dalam kerajaan Israel dan akan berterusan. 

Perang Gaza 2021 telah menghancurkan Gaza. Meskipun tidak seburuk perang sebelumnya tetapi Gaza adalah kem tahanan yang paling padat di dunia. Di mana sahaja peluru berpandu meledakkan bumi, seluruh Gaza pasti bergegar kerana Gaza adalah suatu wilayah yang kecil.

OIC gagal membela Palestin

Perang Gaza kali ini bagaikan shooting practice bagi Israel. Pertama, kerana dunia Arab (Liga Arab) sendiri tidak membela Palestin. Kedua, kerana OIC gagal membela Palestin. Ketiga, kerana Setiausaha Agong PBB sekadar mengeluarkan kenyataan yang lemah longlai. 

Malah amat mengecewakan apabila Malaysia sendiri mengambil pendirian yang paling lemah dengan kenyataan yang paling pondan dalam sejarah dasar luar negara. Malah apabila Israel mengancam untuk menyerang Malaysia, tiada langsung kenyataan balas dari Malaysia seolah-olah Malaysia telah mengangkat bendera putih. 

Apabila Israel menyusul dengan provokasi menghantar pesawat risiknya terbang di angkasa Malaysia, tiada langsung bantahan rasmi dari pihak berkuasa Malaysia. Malah insiden ini cuba dirahsiakan – amat memalukan. Namun kudos kepada budak-budak hackers Malaysia yang berjaya melancarkan cyberwarfare ke atas agensi keselamatan Israel. *These Malaysians got balls !*

THE GREATER ISRAEL - kini menuju kenyataan!

Serangan Israel ke atas Gaza merupakan victory lap kepada Israel. Israel kini menguasai sepenuhnya timur tengah. Cita-cita Israel wujudkan ISRAEL RAYA atau THE GREATER ISRAEL kini menuju kenyataan.

Baituimaqdis telah diisytiharkan sebagai ibu negara Israel dan diiktraf oleh US dan akan disusuli dengan negara2 barat. Israel juga telah melegitimasikan hak miliknya ke atas Bukit Golan (milik Syria) dengan pengiktirafan US. Ini juga bermakna Israel akan terus menjajah Gaza. Kini beberapa negara Arab telah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel termasuklah Arab Saudi. Syria dan Iraq yang dulu merupakan ancaman kepada Israel kini telah dineutralkan. Malah Mesir kini menjadi sekutu kuat Israel, malah Mesir juga menindas Palestin dengan menutup sempadan Gaza – Sinai. 

Presiden Mesir, Jeneral Asissi adalah presiden yang diangkat oleh CIA dan Mossad (agensi perisikan Israel). Mohammad Morsi, Presiden Mesir yang terdahulu yang digulingkan adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin yang sangat bersimpati dengan Palestin adalah ancaman utama kepada Israel. Maka beliau digulingkan, dipenjarakan, dikenakan hukuman mati dan belum sempat di gantung beliau telah meninggal dunia dalam penjara – mungkin kerana diracuni.

BANTUAN KE GAZA: KEJAYAAN DIPLOMASI ISRAEL & PERANGKAP KEPADA DUNIA

Setelah debu-debu perang berterbangan dan hilang – WHAT NEXT?

Apabila yang masuk ke Palestin adalah makanan, pakaian, ubatan dan bukannya tentera pengaman – maka ia suatu kemenangan kepada Israel.

Bantuan Kemanusiaan bagaikan lesen untuk memulihkan imej Israel. Israel yang dilihat angkuh, kejam dan sadis kini dilihat mendakapi nilai-nilai kemanusiaan kerana memberikan kebenaran kepada kemasukan bantuan kemanusiaan.

Misi diplomasi yang sepatutnya fokus kepada menghukum Israel atas jenayah terhadap kemanusiaan kini bertukar kepada misi bantuan kemanusiaan.

Misi diplomasi utama yang sepatutnya mewujudkan keamanan menerusi two-state-solutions ke arah Palestin Merdeka ! akhirnya dihijacked oleh misi diplomasi bantuan kemanusiaan.

Akhirnya agenda bantuan kemanusiaan menjadi agenda utama manakala agenda kemerdekaan Palestin kian luput dalam lipatan masa. Inilah THE GAME OF DIVERSION YANG GAGAL DI LIHAT OLEH PEMIMMPIN2 DUNIA ISLAM.

Inilah THE GAME OF DIVERSION YANG GAGAL DI LIHAT OLEH PEMIMMPIN2 DUNIA ISLAM.

Israel, Amerika serta negara2 Eropah barat bersekongkol mengkaburi dunia kononnya mereka bersimpati dengan rakyat Palestin tetapi sebenarnya hanya menutup mulut dunia dengan bantuan kemanusiaan. 

Israel memang mengalu-alukan kemasukan bantuan kemanusiaan, selagi mana bantuan itu bukan berbentuk bahan binaan utk pembinaan semula Gaza yang sekaligus berpotensi di inovasikan untuk hasilkan senjata roket. 

Setiap kali Israel menghancurkan Gaza, maka mereka akan memberikan laluan untuk bantuan masuk ke Palestin. *Ini adalah sandiwara mereka untuk menunjukkan sebenarnya mereka tidak kejam kepada rakyat Palestin, mereka hanya berperang dengan pejuang Hamas.*

Kemasukan bantuan kemanusiaan adalah alat diplomasi Israel yang paling ampuh. Ia adalah mekanisme control damage kepada Israel. Malangnya umat Islam terperosok masuk dalam perangkap Israel. 

#EbitLiew
#Caprice
#NadirAlNuri#AlQudsKitaPunya
#KitaJagaAlQuds
#Misi2030
#alqudslana
#palestine

#NGO
#tabungbantuan

Post a Comment

0 Comments