COVID-19 & PERANG SALIB MODEN - KARTEL CHRISTIAN-ZIONISME & KECELARUAN DUNIA ISLAM

KARTEL CHRISTIAN-ZIONISME & KECELARUAN DUNIA ISLAM

Oleh: Dr Helmi Ibrahim
Setiausaha Agong Majlis Ekonomi Halal (MEH)

Perkembangan dan pergolakan dunia dari perspektif Islami boleh dilihat dari pelbagai fasa.

Fasa pertama ialah Fasa Tauhid. 

Iaitu turunnya agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan Al Quran. Kemuncaknya apabila Nabi SAW mengislamkan seluruh bumi Hijaz (Semenanjung Arab) dan Islam adalah agama yg direhai Allah.

Fasa kedua ialah Fasa penyebaran Islam dan zaman kegemilangan khilafah Islam.

Islam tersebar dari Sepanyol, Utara Afrika hinggalah ke Nusantara. Islam menjadi kuasa dominan politik & ketenteraan, ilmu falsafah serta sains & teknologi. Kemuncaknya ialah apabila Sultan Muhammad Al Fateh menawan Konstantinople menewaskan Empayar Byzantine. Kit

Fasa Ketiga ialah Fasa Perang Salib. 

Bumi Palestin menjadi epicenter perebutan antara kuasa Kristian dan Islam. Kemenangan di pihak Islam di bawah Sultan Salahuddin (Saladin).

Fasa Keempat ialah keruntuhan Empayar Islam di Eropah.

Keruntuhan Empayar Islam ini memunculkan kuasa penjajahan Kristian yang menjarah wilayah-wilayah umat Islam di seluruh dunia hinggalah keruntuhan Empayar Ottoman.

Fasa Kelima ialah fasa selepas perang dunia ke-2 

Bermulanya dengan kemunculannya Kartel Kristian Zionisme secara terancang dan terang-terangan dalam gagasan The New World Order.

Kartel Kristian Zionis ini: -
  1. Mewujudkan PBB yang melegitimasikan penubuhan Negara haram Israel pada tahun 1947.
  2. Mewujudkan Majlis Keselamatan PBB dengan "kuasa veto" yang menjadi instrumen politik & ketenteraan yang menzalimi umat Islam.
  3. Menganjurkan "Sidang Bretton-Woods" telah melahirkan IMF & World Bank di mana IMF adalah instrumen utama Kristian Zionisme untuk menguasai sistem kewangan dan perbankan dunia secara "regimental-diplomacy"; manakala World Bank adalah instrumen hegemoni globalisasi ala Amerikanisasi secara “backhand soft-diplomacy”.
  4. Mewujudkan G7 iaitu 7 negara industri paling berpengaruh yang dimonopoli oleh negara Barat & Jepun yang mengusai ekonomi dan perdagangan dunia. G7 boleh dianggap sebagai Kartel Kristian Zionisme yang formal kerana mereka juga yang menguasai IMF & World Bank dan tentunya Majlis Keselamatan PBB.
  5. Yang terkini ialah penggubahan peranan WHO – "World Health Organisation". WHO yang merupakan sayap kanan PBB kini yang menjadi tali barut Kartel Kristian Zionisme dalam mewujudkan konsep "Global Digital Citizens” sebagai "instrumen" menguasai kehidupan umat dunia yang jelas mendiskriminasikan umat Islam dan dunia ketiga.

 

Yang terkini ialah penggubahan peranan WHO – "World Health Organisation". WHO yang merupakan sayap kanan PBB kini yang menjadi tali barut Kartel Kristian Zionisme dalam mewujudkan konsep "Global Digital Citizens” sebagai "instrumen" menguasai kehidupan umat dunia yang jelas mendiskriminasikan umat Islam dan dunia ketiga.

Hakikatnya Kartel Kristian Zionis ini telah berjaya menguasai dunia dalam segala bidang. Mereka telah menguasai ekonomi dunia dengan "sistem kapitalis". Mereka kuasai politik dunia dengan "doktrin demokrasi barat". Mereka kuasai peradaban sosial dunia dengan "liberalis ekstrem barat dan hak asasi manusia". Mereka kuasai gaya hidup umat dunia dengan "digitalisasi". Malah kini mereka kuasai dunia dengan "VAKSIN".

Jangan lupa, mereka kuasai ketenteraan dunia dengan kuasa veto dan mandat melegitimasi peperangan melalui resolusi Majlis Keselamatan PBB. Malah mereka telah berjaya mewujudkan "Israel Raya (The Greater Israel)" yang setiap hari semakin membesar dan membuatkan dunia angguk kepada keangkuhan Israel.

MESKIPUN KARTEL KRISTIAN ZIONIS BERJAYA MENGUASAI DUNIA SEKIAN LAMA SECARA TOTAL; TETAPI KENAPA MEREKA MASIH TAMAK ?

Jawapan kepada soalan ini terkandung dalam doktrin Kristian Zionis iaitu mereka harus meneutralisasikan Agama Islam dan Umat Islam secara total sebagaimana mereka berjaya meneutralisasikan Agama Kristian dan penganut kristian menjadi sekular secara holistik. Selagi objektif ini tidak tercapai maka mereka akan terus tamak dan angkuh.

meneutralisasikan Agama Islam dan Umat Islam secara total!

Hakikatnya sistem kapitalis adalah instrumen paling berjaya dalam menguasai ekonomi, politik dan ketenteraan dunia. Mekanisme 'Hutang & Riba' telah terbukti sejak zaman yunani hinggalah ke era IR4 atau Revolusi Industri 4.0 hari ini sebagai senjata paling ampuh yang mampu menewaskan apa saja halangan.

Hakikatnya 'Hutang & Riba' ini mampu membina nilai yang palsu tetapi digambarkan efektif dan essential (walaupun sebenarnya zalim dan ganas!) dan meruntuhkan nilai yang murni. Manipulasi dalam mencipta persepsi dan naratif adalah kekuatan kartel Kristian Zionis. Atas dasar inilah mereka rakus dalam memonopoli penguasaan dalam industri media dan digital.

COVID-19 : MESEJ DARI ALLAH UNTUK SIAPA ?

Allah menghancurkan Raja Namrud dan Kerajaannya dengan seekor nyamuk. Allah menghancurkan Raja Abrahah dan Kerajaannya dengan burung hud-hud. Allah menghancurkan Firaun dan Kerajaannya dengan kelahiran seorang bayi bernama Musa.

Semakin besarnya bencana yang berlaku, maka semakin kecilnya tentera yang Allah hantar. Covid-19 adalah tentera Allah yang paling kecil di hantar ke dunia tetapi akibatkan impak yang paling besar dalam sejarah dunia.

Covid-19 telah merosakkan The New World Order. Kini The World is Out of Order. Sistem politik dan ekonomi dunia telah runtuh dan Dysfunction. Seluruh institusi dunia telah panik dan dunia kini dalam keadaan krisis yang kronik.

DI ATAS KERUNTUHAN KAPITALISME MAKA MUNCULNYA REZKINOMIK: MODEL EKONOMI ISLAM & GAYA HIDUP EKONOMI HALAL

Menginsafi bahawa era Kerasulan telah khatam - maka mesej dari Allah tiadalah lagi melalui Rasul atau NabiNya. Maka Allah menyampaikan mesejnya menerusi wabak yang ditakdirkanNya. Pemimpin dan pembuat dasar dalam negara majoriti Islam harus mengambil iktibar dengan mesej dari Allah ini. Para pemikir Islam juga harus mengkaji mengapa Allah meruntuhkan sistem yang lama ! .

Sebagai seorang pemikir, saya melihat satu aspek yang nyata iaitu ALLAH MENGHENDAKI KITA KEMBALI KEPADA SISTEM EKONOMI ISLAM YANG BERPAKSI KEPADA AL QURAN DAN MENGHUMBAN Ke LEMBAH HINA SISTEM KAPITALIS YANG HANYA MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA UMAT DUNIA SELAIN KEMUDARATAN DI DUNIA DAN SIKSAAN YANG BERAT KEPADA PENGAMALNYA DI AKHIRAT.

SUMBANGAN KECIL MAJLIS EKONOMI HALAL KEPADA DUNIA ISLAM

Majlis Ekonomi Halal adalah suatu badan yang kecil dan tidak pernah dapat sebarang peruntukan dari Kerajaan. Namun begitu kami membawa suatu agenda yang besar - IAITU RESET DUNIA ISLAM – REKAYASAKAN SISTEM EKONOMI ISLAM – REFORM EKONOMI HALAL – menerusi istilah, konsep & model Ekonomi Islam dengan branding REZKINOMIK. - Suatu blaket terminologi & universal yang mewakili Sistem Ekonomi Islam yang menyanggah hegemoni Sistem Kapitalis yang bukan sahaja gagal tetapi bertentangan dengan perintah Allah sejak day one.

#Rezkinomik
#MajlisEkonomiHalal
#MEH
#SukukHalal
#Kapitalisme
#Covid19
#WHO
#PBB
#NewWorldOrder
#Zionist 



Post a Comment

0 Comments