MEH | 9 FAKTA PENTING PERBEZAAN ANTARA SUKUK DAN BON

Sembilan Bezantara Penting Tentang Sukuk & Bon Tradisional

Pendekatan awam yang biasa terguna bagi menjelaskan tentang Sukuk adalah menggunapakai istilah Islamic Bond sebagai perumpamaan. Adalah penting untuk memahami bahawa istilah perumpamaan itu adalah KHILAF, kerana terdapat perbezaan ketara di antara keduanya.

Sukuk adalah instrumen yang mematuhi perundangan Islam mengenai kewangan, khususnya mengelakkan dari Riba ( yakni, menjana wang dari wang, iaitu bunga atau faedah ). Sedangkan, Bon adalah sekuriti yang sarat dengan Riba kerana hakikatnya penawaran nilai adalah berdasarkan faedah tetap semata-mata, tanpa ambil kira kerugian projek.

Terdapat SEMBILAN ( 9 ) bezantara penting antara Sukuk yang patuh Shariah dan bon tradisional yang sarat dengan Riba :

1. Terbitan Sukuk memerlukan sokongan aset pendasar bebas tanggungan yang sempurna milik sebagai pra-syarat pemindahan sandaran nilai. Terbitan Bon boleh dilakukan tanpa sebarang sandaran aset bernilai, berasaskan HUTANG.

2. Sijil Sukuk mewakili bahagian pemilikan dalam portfolio aset sedia ada atau masa depan yang layak. Bon hanya menzahirkan kesanggupan tanggungan HUTANG.

3. Harga sijil Sukuk dilaras mengikut nilai aset yang menyokongnya. Harga Bon sebaliknya berdasarkan penarafan kredit ( HUTANG ).

4. Aset, produk atau perkhidmatan yang menerima agihan dari terbitan Sukuk diwajibkan patuh Shariah. Sedangkan bagi Bon, boleh disalurkan bagi pembangunan dan pengeluaran produk atau perkhidmatan yang bertentangan dengan hukum Islam.

5. Sukuk dapat meningkat nilainya apabila aset sandaran bertambah nilainya. Oleh sebab itu Nilai Pembangunan Kasar ( GDV ) diambikira semasa pengiraan terbitan. Keuntungan dari Bon ditetapkan secara penetapan faedah tetap, menjadikannya jelas Riba.

6. Apabila anda menjual Sijil Sukuk, anda menjual hak pemilikan ke atas aset yang dijadikan sandaran terbitan. Penjualan sijil Bon sebaliknya, hanyalah sekadar urusniaga jualan surat HUTANG.

7. Perlantikan Panel Penasihat Shariah yang wibawa diwajibkan bagi menilai, mentaksir dan memberi perakuan tahap kepatuhan shariah Sukuk yang bakal diterbitkan. Penerbitan Bon boleh dilakukan tanpa rujukan sedemikian sebab memang akan diolah secara surat Hutang (Riba).

8. Kumpulan sokongan Audit Kepatuhan Shariah akan melakukan kawalselia kepatuhan dalaman secara berkala, bagi mempastikan agihan dari terbitan Sukuk tidak disalurkan ke mana-mana aktiviti yang tidak patuh shariah. Bagi Bon perkara penting ini tiada keperluan tindakan.

9. Terbitan Sukuk menggalakkan amalan Infak (melalui Akad Hibbah) kepada komuniti dan persekitaran sebagai menarik barakah Illahi. Bagi Bon perkara penting ini tiada keperluan tindakan.

PENJELASAN LANJUT

Sukuk disokong oleh aset ketara, bukan oleh surat HUTANG. Pemilikan Sukuk menunjukkan pemilikan aset yang mempunyai nilai yang sempurna. Dalam Sukuk, pembeli membeli aset yang mempunyai nilai daripada keterlibatan dalam perjanjian pembiayaan tersirat.

Walaupun, Bon juga menunjukkan perkara ini, definisi sebenar Bon hanya menunjukkan kewajipan tanggungan HUTANG. Pada dasarnya, hubungan antara penerbit Bon dan pelanggan sangat berbeza dengan hubungan antara penerbit Sukuk dan pembeli Sukuk. Dalam kes Bon, pelanggan bertindak sebagai peminjam dan penerbit Bon sebagai penerima pinjaman. Dalam kes ini, pinjaman dibenarkan mempunyai faedah tetap, oleh itu berlaku Riba.

Satu lagi perbezaan penting antara Bon dan Sukuk adalah bahawa aset yang terlibat dalam sijil Sukuk mematuhi semua undang-undang Islam. Pengguna Sukuk diyakinkan bahawa nilai sijil tersebut sesuai dengan aset yang menjadi barangan umum dan tidak berkaitan dengan aktiviti atau produk yang bertentangan dengan Islam.

Sedangkan, dalam hal Bon, sijil Bon mungkin disokong oleh aset-aset yang tidak mematuhi Shariah. Serta boleh digabungkan bersama dengan jenis aset lain tanpa pengetahuan pengguna.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa perbezaan antara Sukuk dan Bon hanyalah teknikal, perbezaan ini amat penting bagi umat Islam. Sebenarnya, amalan mengaut keuntungan dari wang semata-mata, dengan mengorbankan produktiviti dan orang, sebenarnya telah menjadi salah satu pendorong kebatilan kepada banyak masalah ekonomi yang telah melanda dunia dalam dekad yang lalu.

Bunga dan ilusi inflasi harga berdasarkan HUTANG dan bukan pada nilai pasaran sebenar adalah sebab utama mengapa gelembung terbentuk, pecah, dan kemudian menyebabkan kemelesetan dan kemurungan. Sukuk, tidak seperti Bon, ditaksir mengikut nilai pasaran sebenar aset yang menjadi sandaran terbitan Sukuk. Harga Bon sebaliknya berdasarkan penarafan kredit penerbit.

Perkara ini diperlukan dalam hal Bon kerana semasa anda menjual Bon di pasaran sekunder, anda sebenarnya menjual HUTANG tersebut dalam hubungan pinjaman yang terlibat. Penjualan Sukuk di pasaran sekunder (bagi Sukuk Korporat) hanyalah penjualan hak milik ke atas aset sandaran.

Kelebihan utama Sukuk berbanding bon tradisional ialah nilainya meningkat dalam hubungan dengan aset yang menjadi sandaran sijil Sukuk. Sekiranya aset meningkat nilainya, maka nilai pemilikan aset tersebut, yang disokong oleh Sukuk, akan turut meningkat (rujuk GDV).

Bon tidak mempunyai ciri ini. Tidak mustahil untuk menaikkan HUTANG pokok dalam Bon dan peningkatan pendapatan dari Bon akan terus terhasil dari faedah tetap. Bukan dari kenaikan dalam nilai atau produktiviti yang nyata.

Ini tidak bermaksud bahawa Bon dan Sukuk tidak serupa dengan cara tertentu. Kedua-duanya boleh berubah menjadi tunai dengan menjualnya di pasaran sekunder (bagi Sukuk Korporat). Berdasarkan kekuatan sokongan mereka, kedua-dua Bon dan Sukuk dapat diperingkat oleh institusi penarafan (bagi Sukuk Korporat). Terdapat juga perbezaan serupa dalam reka bentuk struktur serta penerbit Bon dan Sukuk, yang membolehkan pengguna mempunyai pelbagai pilihan ketika menaksir instrumen kewangan ini.

Semoga bermanfaat dan mampu memberi kefahaman dan membina keyakianan amalan

Artikel ini adalah terjemahan dan tambah fakta oleh:
- Haji Sallehuddin DPB
AHLI JAWATANKUASA MEH 

#sukukHalal
#pusatHiwalah
#MajlisEkonomiIslam
#HalalEconomyCouncil

Sumber Link Asal: Five Important Differences Between Sukuk and Traditional Bonds
https://www.sukuk.com/education/important-differences-sukuk-traditional-bonds-2207/#/?playlistId=0&videoId=0

Post a Comment

0 Comments