MEH | PADANG ARAFAH: ANTARA PADANG MALAKUT & PADANG MASYAR




PADANG ARAFAH adalah 'padang pengetahuan', di mana Nabi Adam, Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad SAW bertaubat & bermakrifah.

Arafah berasal dari kata ‘arafa” yakni ‘mengetahui’ atau ’mengenal’, di Padang Arafah inilah kita berwukuf bermakna ‘berhenti’ dan merenung. 

Apakah yang kita renungkan ?

Kita berhenti dan merenung tentang persaksian kita di Alam Malakut di mana semua ruh dihimpunkan & dipersembahkan dengan tontonan Nur Muhammad. Lantas kita bersumpah setia dan berdailog dengan suara Allah, bahawa kita akui bahawa Allah adalah Tuhan kita & anak cucu kita akan menjadi kaum yang beriman.  

Apa lagi yang kita renungkan di Padang Masyar ?

Kita juga berhenti dan merenung tentang perhimpunan di Padang Masyar yang bakal menjadi mahkamah terakhir di akhirat dimana kita akan diadili.
 
Hakikatnya Wukuf di Padang Arafah ialah mengimbau kembali perjalanan permulaan dan perjalanan akhiran kita. Maka rugilah mereka yang menjadi tetamu di Padang Arafah, tapi pulang bagaikan melawat padang bola di Stadium Merdeka. 

Padang Arafah adalah Padang Pengetahuan. Ia memberitahu kita apakah pengetahuan yang harus kita bawa pulang. Dan tidak ada pengetahuan yang lebih tinggi dari pengalaman bersaksikan Nur Muhammad dan bersumpah setia dengan Allah di Padang Malakut.

Sesampainya kita di Padang Masyar maka kita ditanya apakah pengetahuan itu kita bawa bersama. Apakah kita Insan yang lupa dan leka? Atau insan yang ingatannya kita sentiasa bawa bersama.

Maka sesiapa yang berhajat & mohon pengampunan di Hari Arafah meskipun jasadnya di Padang Besar atau di Padang Rengas, Allah memberikannya dengan keistimewaan bagaikan ia berada di Padang Arafah.
 
Kalau anda ke Padang Arafah, renunglah dengan mata hati, maka anda akan melihat anda di Padang Malakut & Padang Masyar. In Shaa Allah.

- Dari Desktop Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal
Dr. Helmi Ibrahim

#Arafah #Mekah # Madinah
#MajlisEkonomiHalal
#Hajj #Haji #Umrah
#Rezkinomik

Post a Comment

0 Comments