MEH | REZKINOMIK - IN SEARCH OF EXCELLENCE IN ISLAM


Bermulanya Rezkinomik - IN SEARCH OF EXCELLENCE IN ISLAM

Sejak 1400 tahun yang lalu, satu satunya ilmu dalam Islam yang belum dikonklusifkan ialah Ekonomi Islam. 

600 tahun lalu Ibn Khaldun meletakkan asas ke arah penemuan ilmu ekonomi dan digelar Bapa Ekonomi (gelaran utamanya ialah bapa Sains Sosial kerana dia perkenalkan apa itu kaedah saintifik. Ekonomi bermula sebagai satu cabang Sains Sosial).

Sekitar 1960an barulah kemunculan, pusat-pusat pengajian tentang ekonomi Islam yang melahirkan banyak pemikir dan buku mengenai Ekonomi Islam. 

Ekonomi Islam Bukan Cabang Ilmu Ekonomi

Semua diskusi dan bahan mengenai Ekonomi Islam yang ditulis sebenarnya hanya menerangkan tentang ajaran Al Quran. Al Quran bukan berbentuk teori hipotesis untuk dicuba-cuba atau sekadar ujikaji. Sebab itu dunia Barat menganggap ekonomi Islam bukan suatu cabang ilmu ekonomi. Ia dianggap sekadar ajaran Al Quran.

Atas dasar inilah pemikir Islam dalam dilema kerana mereka gagal menjadikan ekonomi Islam sebagai cabang dalam disiplin ekonomi. Malah lulusan ekonomi Islam tidak anggap sebagai ekonomis dan profession Islamic economist tak wujud di mana-mana di dunia.

Tiada terminologi, konsep dan model SISTEM EKONOMI ISLAM!


Ini kerana tiadanya satu terminologi, konsep dan model yang universal yang disepakati oleh dunia Islam itu sendiri, bila merujuk kepada Sistem Ekonomi Islam. 

Cabaran inilah yang membawa Majlis Ekonomi Halal & Universiti Melaka (UniMEL/KUIM) untuk memula dan memperkenalkan REZKINOMIK.

Artikel tulisan & susunan: 
Dr. Helmi Ibrahim

#MajlisEkonomiHalal
#Rezkinomik
#MEH
#sukukHalal
#NewIslamicEconomyModule

Post a Comment

0 Comments