MEH | WACANA NEGARA - PANIK DRIVEN POLICY

Foto Bernama

WACANA NEGARA : PANIK DRIVEN POLICY 🇲🇾- Majlis Ekonomi Halal (MEH)

Ada beberapa fakta yang perlu kita akui:

1. C19 ni real dan setiap hari saya dapat info orang yg mati dan sakit. Maka kita tak boleh abaikan bahaya C19. Allah sendiri perintahkan kita jauhi dari wabak, jangan ke kawasan yang ada wabak. Tapi masalahnya wabak ini ada di mana-mana di serata dunia. Maka tak ada tempat nak lari. Kecuali kena pandai-pandai bawa diri dengan SOP.

2. Allah nyatakan bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Maka dunia dah jumpa vaksin. Katanya invermectin juga boleh ubati C19. Maka kita tak perlu panik sebab dah ada kaedah tangani krisis kesihatan ini.

3. Isu keruntuhan ekonomi rakyat di Malaysia ialah kerana kerajaan kita sejak dulu GAGAL MENGURUS KEKAYAAN NEGARA.

Ini terbukti bila rakyat dilanda masalah kerajaan gagal membantu rakyat yang bermasalah.

"Bantuan kerajaan yg bersifat panik driven bukanlah cara yg efektif. Sekiranya kekayaan negara di urus dengan baik maka kekayaan yang ada boleh digunakan sebagai payung ketika hujan. Hakikatnya rakyat ni dah basah kuyup. Payung yang kerajaan buka pula bocor. Maka rakyat tetap kuyup walaupun bantuan diberi kerana bantuan tidak strategik dan jangka panjang. Mana hilangnya kekayaan negara selama ini?"

KESIMPULANNNYA KERAJAAN AMALKAN DASAR & PENGURUSAN EKONOMI YG TIDAK MAPAN DAN AKIBATNYA IA GAGAL WUJUDKAN SISTEM KEBAJIKAN RAKYAT YG MANTAP.

MALAH SEBENARNYA MALAYSIA TIDAK PUNYAI DASAR KEBAJIKAN RAKYAT.
YG ADA HANYALAH REAKSI SECARA IN-SITU BILA RAKYAT DAH MENGGELUPUR.

CARA IN- SITU BUKAN LAH SUATU CARA YG MAPAN MALAH MEMANGSAKAN RAKYAT SECARA SENGAJA.

SEPATUTNYA KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT TANPA PERLU TUNGGU RAKYAT MENGGELUPUR.

- Setiausaha Agung, Majlis Ekonomi Halal

#Covid19
#lockdown
#PKPD


Post a Comment

0 Comments