Kenali Ahmad Dawjee Dadabhoy, Model Usahawan Pilihan Allah yang mewaqafkan hampir semua miliknya ke jalan Allah!
Semasa hidupnya, beliau cuma tinggal di flat Malayan Mansion saja di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Pakaiannya simple.. Tiada suit dan talileher. Hanya baju orang biasa-biasa. Semasa hidupnya ada yang ingat dia tak betul, sebab selalu kutip sampah.
Siapa sangka sebenarnya beliau seorang jutawan. Itulah insan yang bernama Ahmad Dawjee Dadabhoy.
Nak tahu...Menara Bank Islam di Jalan Perak (KL) sekarang ni, dibina di atas tanah wakaf Ahmad Dawjee sehingga berjaya menjadi salah satu pemacu terbaik dalam ekonomi Islam.
Menurut MAIWP dalam Konvensyen Imarah Masjid Serantau 2017, ketika Ahmad Dawjee Dadabhoy datang ke MAIWP, beliau disalah sangka hendak meminta wang zakat. Padahal beliau sebenarnya berhajat hendak berwakaf kepada MAIWP. Kerana apa? Kerana pakaiannya ketika itu bukan seperti tipikal seorang taikun yang ada aset besar.
"...tak pandang kaya ini sebagai satu matlamat, melainkan sebagai satu rahmat Allah.."
Bila kita rajin bersedekah, suka berinfaq atau berwakaf, Allah murahkan rezeki kita. Dan masa itu juga kita tak pandang kaya ini sebagai satu matlamat, melainkan sebagai satu rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahualam..
Mari kita ikhlaskan hati, segala tindakan kita di Dunia ini hanya demi mencari Redha Allah. Bila dijalankan dengan ikhlas, InsyaaAllah, Allah luaskan pintu rezeki dan lapangkan hati.
Sumber : Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy
Pakaiannya simple.. Tiada suit dan talileher. Hanya baju orang biasa-biasa. Semasa hidupnya ada yang ingat dia tak betul, sebab selalu kutip sampah.
Siapa sangka sebenarnya beliau seorang jutawan. Itulah insan yang bernama Ahmad Dawjee Dadabhoy.
Mewakafkan hampir keseluruhan harta
Sebelum beliau kembali ke rahmatullah pada 24 januari 1987, beliau telah mewakafkan hampir keseluruhan harta miliknya kepada MAIWP. Antaranya ialah hartanah & pegangan saham.Nak tahu...Menara Bank Islam di Jalan Perak (KL) sekarang ni, dibina di atas tanah wakaf Ahmad Dawjee sehingga berjaya menjadi salah satu pemacu terbaik dalam ekonomi Islam.
Menurut MAIWP dalam Konvensyen Imarah Masjid Serantau 2017, ketika Ahmad Dawjee Dadabhoy datang ke MAIWP, beliau disalah sangka hendak meminta wang zakat. Padahal beliau sebenarnya berhajat hendak berwakaf kepada MAIWP. Kerana apa? Kerana pakaiannya ketika itu bukan seperti tipikal seorang taikun yang ada aset besar.
Harta Sebagai Modal Akhirat
Nampak tak betapa zuhudnya beliau. Inilah bukti bahawa dunia ini bukanlah pakaian kita untuk diriak-riakkan. Sebaliknya ia adalah modal akhirat yang disalurkan oleh Allah kepada kita, untuk kita gunakan sebagai bekalan akhirat kelak."...tak pandang kaya ini sebagai satu matlamat, melainkan sebagai satu rahmat Allah.."

0 Comments