Rezkinomik Banjir - SEDIKIT TIPS MENGHARUNGI MUSIBAH KEKUASAAN ALLAH SWT

Foto dari koleksi whatsapp group - AimanPhotography
 

Rezeki itu bukan sekadar kewangan, materialistik namun ianya juga menyeluruh kepada apa saja pemberian Allah baik ianya menggembirakan kita atau pun mengundang kekecewaan kepada kita. Yang penting adalah keikhlasan dan keredhoaan kita menerimanya, setelah kita berusaha untuk mengawal dan mengurusnya, namun sebaik mana atau sepakar mana pun kita, pastinya perancangan dan perlaksanaan Allah jua yang Maha Benar. 

MEH tertarik dengan artikel ringkas ini, sambil memberi sedikit tips untuk kita mengharungi banjir besar ketika ini dan semoga kita kembali kepada kaedah sistem ekonomi sunatullah, iaitu bantu-membantu memberi bantuan baik dari segi kewangan, barangan dan idea pemikiran. Mari kita perkenalkan REZKINOMIK.

-----------------------------

𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 adalah fenomena alam apabila suatu kawasan luas yang kebiasaannya kering telah digenangi atau ditenggelami air

Banjir juga dikenali sebagai 𝐁𝐀𝐇, metafora yang dipetik dari perkataan Bahasa Arab iaitu 'bahr' (بَحْر) yang bererti "laut" atau "samudera"

Bencana alam seumpama ini dapat dikaitkan dengan beberapa kisah teladan dalam القرآن الڪريم seperti :

1. Surah العنڪبوت Ayat 14, peristiwa banjir besar pada zaman Nabi نوح (Noah) AS

2. Surah البقرة Ayat 50, Firaun dan tenteranya ditelan Laut Merah kerana menghalang exodus Nabi موسى (Moses) AS dan kaum Bani Israel

3. Surah سبأ Ayat 15 & 16, runtuhnya empangan Ma'arib (Great Dam of Marib) dan tamadun Kaum Saba' dengan banjir besar akibat ingkar ajaran Nabi سليمان (Solomon) AS

Dalam kita menggembleng tenaga, membantu mereka yang diuji dengan musibah, janganlah kita semua alpa untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana segala yang berlaku adalah Kehendak-Nya

وَاَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاۤءِ مَاۤءًۢ بِقَدَرٍ فَاَسْكَنّٰهُ فِى الْاَرْضِۖ وَاِنَّا عَلٰى ذَهَابٍۢ بِهٖ لَقٰدِرُوْنَ ۚ

Dan Kami turunkan air dari langit dengan suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan pasti Kami berkuasa melenyapkannya (Surah المؤمنون‎ Ayat 18)

Bolehkah kita bersuci dengan air banjir?

Bergantung pada kondisi air tersebut. Sekiranya telah bercampur dengan najis seperti bangkai dan kotoran maka, air itu tidak lagi suci. Faktor keselamatan juga perlu diambilkira, jangan bersuci di tempat yang berisiko dibawa arus deras, digigit haiwan liar, dihambat puing-puing atau direnjat arus elektrik

Bolehkah kita bertayammum?

Tidak boleh kerana salah satu syarat utama tayammum (تيمم) adalah ketiadaan air menurut ayat 6 Surah ٱلمائدة

‎Jadi, bagaimana?

Dalam keadaan terdesak, gunakanlah bekalan air minuman dengan hemat. Untuk lebih jimat, isikan air ke dalam botol semburan dan ratakan pada 5 anggota rukun wudhu (وضوء) sahaja

Tapi, baju kami basah kuyup

Cuba hidu pakaian anda, jika berbau kotoran seperti darah, dirikanlah solat apabila anda telah berganti pakaian yang bersih lagi suci dan menutup aurat

Alamak, sejadah kami dah hanyut

Tak mengapa jika tiada sejadah, yang paling utama ialah solat atas permukaan yang bersih dan suci serta tahu arah kiblat

Bolehkah kami himpun (jama') dan pendek (qasar) solat?

Boleh himpun dua solat fardhu tetapi tidak boleh memendekkan 4 rakaat kepada 2 rakaat kerana tidak memenuhi syarat musafir

Sekiranya lebih mendatangkan kemudaratan, maka, dibolehkan untuk qada' (ganti) solat fardhu dengan syarat disegerakan setelah berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

Teruskan berusaha dan berdoa sesuai hadis Nabi (ﷺ) riwayat al-Hakim (2534) :

ثِنْتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ

Dua doa yang tidak akan ditolak : Doa ketika atau selepas azan dan doa ketika turunnya hujan

Tahniah dan terima kasih #KeluargaMalaysia #kitajagakita untuk kita bangkit bersama-sama.

Tulisan: Mohd Yusof Islam Hj Khamim (LinkedIn)

#FantasyLinkedInReality #LinkedInBM #daruratbanjir

Post a Comment

0 Comments