SENARAI ULAMAK ULAMAK YANG PERNAH DITINDAS PEMERINTAH KERANA PERJUANGAN ALLAH SWT



ALIM ULAMA YANG TELAH DITINDAS PEMERINTAH DAN KERAJAAN SATU MASA DAHULU KERANA BERJUANG DIJALAN ALLAH


WALI IMAM SYAFI'E

Tangan dan kakinya telah dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan memecah-belah masyarakat.

WALI IMAM HANAFI

Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah Dan kerajaan lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah Dan Kerajaan .

WALI IMAM MALIKI

Disebat lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

WALI IMAM HAMBALI

Dipenjara oleh pemerintah dan disebat belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

WALI SUFYAN AT TSAURI

Seorang Wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.

WALI SAID BIN JUBAIR

Seorang Wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

WALI ABU YAZID AL-BUSTAMI

Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai ilmu karomah Dan kesaktian . Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pihak pemerintah Dan Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.

WALI ABDUL HUSIN AN-NURI

Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah Dan kerajaan yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

WALI IMAM NAWAWI

Hampir  dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Beliau juga seorang Wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Subhanallah Allahu Akbar La haula wala quwwata illa billah....

Katakanlah yang HAQ walaupun ianya pahit...

Semoga kita Istiqomah didalam menegakkan yang HAQ, dan senantiasa mampu mengikuti Para Ulama Kebenaran yang Istiqomah didalam berjuang dan sentiasa berada digarisan kebenaran,

~ BUAT KERANA ALLAH SWT ~
 
Sabda Nabi 

"Al Ulama Warisatul Anbiya"

 " Orang orang yang berilmu itu Adalah pewaris Nabi nabi "

Syeikh Haqtullah (Copypaste dari Whatsapp)

Post a Comment

0 Comments