MEH | Peranan Waqaf, Amanah & Integriti Bagi Membina Kekuatan Ekonomi Ummah

Antara perigi syifa yang menjadi tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW ketika dalam perjalanan menuju ke medan Perang Badar, perang pertama kaum Muslimin.

Senarai beberapa wakaf para sahabat Nabi radiyAllah ‘anhum, yang sampai ke hari ini selepas kira-kira 1,400 tahun, masih terjaga sebagai harta wakaf. Antaranya ialah Perigi Rummah (Bi’ru Rummah – Telaga Pemanah), yang diwakafkan Saidina Uthman bin ‘Affan radiyAllah ‘anhu.
(Dipetik daripada buku al-Auqaf at-Tarikhiyah fi al-Madinah al-Munawwarah.)

Kisah Perigi Waqaf 
Saidina Uthman RadiyaAllah ‘anhu


Kisahnya, ketika kaum Muslimin berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka mengalami kesulitan untuk mendapatkan bekalan air. Namun, sebenarnya saat itu di Kota Madinah ada sebuah perigi bernama Perigi Rummah tersebut.

Tetapi, perigi itu milik seorang Yahudi dan airnya sengaja dijual untuk mendapatkan keuntungan besar. Hijrahnya kaum Muslimin ke Madinah amat menggembirakan bagi orang Yahudi tersebut. Mengapa? Karena beliau dapat menjual airnya kepada kaum Muslimin.

Hal yang demikian, Rasulullah ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam mengharapkan ada seorang sahabat yang dapat membeli perigi tersebut. Tujuannya, untuk meringankan beban kaum Muslimin yang telah menderita karena harta benda mereka ditinggalkan di Mekah.

Saidina Uthman radiyAllah ‘anhu (yang kemudiannya menjadi Khalifah Islam yang ketiga selepas Saidina Abu Bakar as-Siddiq radiyAllah ‘anhu dan Saidina Umar al-Khattab radiyAllah ‘anhu) terus bergegas menemui orang Yahudi tersebut untuk membeli separuh periginya.

Disepakatilah harga separuh perigi senilai 12,000 dirham. Perjanjiannya, satu hari menjadi hak orang Yahudi itu, dan keesokan harinya, perigi tersebut menjadi hak Saidina Uthman radiyAllah ‘anhu, memandangkan Yahudi tersebut enggan menjual keseluruhan periginya kerana mengejar keuntungan.

Oleh kerana pada giliran hak pakai terhadap perigi itu,  maka tidak ada lagi kaum Muslimin yang membeli air daripadanya.

Lalu orang Yahudi tersebut mengeluh kepada Saidina Uthman radiyAllah ‘anhu, dan akhirnya terpaksa menjual separuh lagi periginya kepada Saidina Uthman dengan harga 8,000 dirham. Perigi yang dikenal bernama Rummah itu, sehingga kini tidak berhenti mengalir meski telah berusia 1,400 tahun.

Indahnya Islam, amanah dan integriti 1,400 tahun!

#waqaf #awqaf #halal

Post a Comment

0 Comments