MEHKOP | MEH TERUS MIKRAJ DALAM PERJUANGAN DI BAWAH NAUNGAN WALIYULLAH & RAHMAT ALLAH


Islamis progresif adalah kalangan yang berbakat dalam keilmuan, inovasi jana minda, prolifis pengurusan dan komander pelbagai medan perang. Mereka bukan orang Agamawan tetapi mereka orang Ketuhanan.


Majlis Ekonomi Halal atau MEH wujud pada tahun 2014 dan ia akan terus wujud ratusan tahun mendatang meskipun semua ahli-ahlinya sudah meninggal dunia.

Ini kerana MEH adalah platfom yang akan menjadi salah satu organisasi satelit kepada gerakan Al Mahdi yang diketuai oleh Muhammad bin Abdillah al Mahdi.

Era kerasulan telah tamat. Namun Allah akan terus mencurahi karamah dan ilham kepada para-para WaliNya, ahlil makrifat, pemikir dan aktivis Islamis progresif. 

Islamis progresif adalah kalangan yang berbakat dalam keilmuan, inovasi jana minda, prolifis pengurusan dan komander pelbagai medan perang. Mereka bukan orang Agamawan tetapi mereka orang
Ketuhanan.

Sebab tu mereka jarang bagi nasihat kepada orang lain tentang agama, kerana lazimnya yang menasihat hanya berpeluk tubuh di sebalik kata-kata murahan . 

Mereka lebih gemar menjadi perancang dan pelaksana gerakan perubahan serta berpesan tentang tauhid.  

Tidak hairanlah MEH muncul sebagai satu badan yang mempunyai master plan yang komprehensif dan holistik dalam merubah ekonomi ummah.

Terkini, MEH menampilkan satu produk baru nya iaitu KOPERASI MAJLIS EKONOMI HALAL BERHAD (MEHKOP) - Prapendaftaran.

Sesiapa yang ingin berjuang bersama MEH haruslah menjadi jemaah kepada semua organisasi di bawah MEH dan tidak bersikap memilih. 

Perlu utamakan kesejahteraan jemaah

Ini bermakna mereka harus menjadi ahli kepada MEHKOP. Sekiranya mereka tidak mahu menyertai MEHKOP, maka mereka telah memilih untuk keluar dari jemaah MEH. Dalam MEH kamu tidak boleh memikirkan hanya kepentingan kamu sahaja, kamu juga perlu utamakan kesejahteraan jemaah. MEH akan terus kukuh secara berjemaah dan mereka yang enggan berjemaah maka seeloknya dipersilakan keluar dari MEH.

🏴MEH AKAN TERUS MIKRAJ DALAM PERJUANGAN DI BAWAH NAUNGAN WALIYULLAH &  RAHMAT ALLAH


- Coretan Setiausaha Agung
Majlis Ekonomi Halal (MEH) 
31 Disember 2021

Post a Comment

0 Comments