MEH | HAKIKAT QURBAN DAN HUBUNGKAIT DENGAN EKONOMI HALAL

Ramai kalangan kita akan melaksanakan qurban selepas solat Aidiladha esok dan pada hari-hari tasyrik. Samada sembelihan itu lembu, kambing atau unta, samada disembelih secara diwakilkan atau melaksanakan sendiri secara bergotong-royong, MEH mengucapkan selamat melaksanakan ibadah qurban, semoga segala pengorbanan dan ibadah kita ini diterima Allah SWT.

Bukan daging sembelihan itu akan yang sampai kepada Allah SWT, sebaliknya ibadah itu yang dimulai dengan niat, sumber belian ternakan samada dipelihara sendiri atau dibeli dan akhirnya cara perlaksanaan qurban termasuk cara agihan sembelihan itulah yang akan dihisab Allah SWT. 

Dalam ertikata yang telus, ianya harus berpaksikan kepada HALAL dan toyyiban.

Halusnya ibadah ini jika dipandang dan dikaji secara hakikat, mengandungi ibrah yang besar ke arah mengESAkan Allah SWT. Justeru MEH mengajak semua pejuang dan peminat halal agar sama-sama kita dapat mendapat munafaatnya di sisi Allah SWT. 

Namun yang ketara, kos bagi mendapatkan ternakan untuk sembelihan qurban ini semakin tinggi dari tahun ke tahun. Adalah dijangkakan, kuasa kemampuan berqurban akan menjadi menurun tidak lama lagi jika kos ini tidak diusahakan penurunannya, apatah lagi kita semua terkesan dengan suasana pandemik Covid19.

Kita tidak dapat menyalahkan penternak dan pedagang ternakan yang khusus untuk pasaran qurban 100% kerana mereka juga terbeban dengan kos-kos dan masalah penternakan dan perniagaan yang kita sebagai pembeli atau peserta qurban tidak ketahui. Antaranya kos tanah, makanan, penjagaan kesihatan termasuk penyelenggaraan kandang dan lain-lain yang berada di luar kawalan penternak dan pedagang ternakan qurban ini.

Justeru itu, MEH mengajak kita semua memperbetul keadaan ini. Kita harus memperbetulkan ekosistem ekonomi halal ini agar ibadah kita tidak terganggu dan kita dapat mengawal harga pasaran.

Sebagai penutup artikel ringkas ini, yang sepatutnya hanya untuk menyampaikan salam aidiladha kepada ahli dan pembaca blog MEH ini, kami mencedok tulisan pujangga tasawuf ini berdasarkan terdapat beberapa perkara yang perlu kita fikirkan dalam menunggangi hidup berekonomi. 

Hakikat Qurban itu adalah menyembelih keLembuan mu, Nafsu Ammarah mu yang menunggang dirimu.

Sembelihlah Qurban mu itu, hakikatnya engkau menyembelih kejahatan batinmu.

Qurban sebenar benar qurban adalah engkau berpaling daripada terus menerus mengikuti kejahatan hatimu, berpaling daripada tunduk desakan perasaan dan hatimu yang jahat.

Engkau tak akan sesekali sampai kepada Tuhanmu jika engkau tidak menumpahkan darah iaitu kepedihan hatimu menahan sakit berlawan dengan dirimu, berlawan kehendak perasaanmu, berlawan dengan keinginan hatimu yang hanya berkeinginan kepada keseronokan.

Sedarilah wahai diri engkau tidak akan sampai kepadaNya selagi mana engkau tiada berqurban menyembelih dirimu

10 Zulhijjah 1441 H, 31/7/2020 | MQ | Gombak

Tunggukan kehadiran REZKINOMIK sebagai asas model Ekonomi Islam tidak lama lagi, insyaaAllah!

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

#MajlisEkonomiHalal
#Rezkinomik

Post a Comment

0 Comments